
Sulit
5 tahun
Gatal dibahagian kelamin dan celah kankang
Saya lelaki berumur 17 tahun …saya mengalamu gatal di bahagian kelamin …jika tidak diberikan econozine ia akan merebak tetapi selepas beberapa hari ia muncul kembali…macam mana saya nk atasi…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat pelbagai jenis penyakit yang boleh menyebabkan ruam di pangkal paha anda seperti:
- Penyakit kurap adalah disebabkan oleh jangkitan kulat dan seringkali terjadi di kawasan yang berpeluh banyak seperti pangkal paha, punggung, alat kelamin, ketiak dan tapak kaki. Tanda-tanda jangkitan ini termasuk kegatalan, ruam bersisik, kemerahan dan perasaan membakar terutamanya selepas digaru.
- Ruam haba kerap berlaku apabila peluh berlebihan dan saluran peluh tersumbat. Faktor-faktor yang mengakibatkan ruam ini adalah seperti pakaian ketat dan penggunaan krim tebal. Ia juga biasanya berlaku di kawasan yang sering tergeser seperti paha dalaman. Ia boleh hilang sendiri jika kulit terjejas disejukkan.
- Atopic dermatitis atau ekzema adalah sejenis penyakit kulit kronik. Ia biasanya bermula di siku dan lipatan lutut tetapi boleh merebak ke merata-rata badan. Tanda-tandanya termasuk kegatalan, ruam bersisik dan kulit kering dan merah.
- Kontak dermatitis disebabkan oleh pendedahan kepada ‘irritant’ atau alergen seperti lateks sabun, krim, peluntur dan juga beberapa jenis pakaian.
Bagi semua penyakit ini, jika tidak dirawat dan kulit kerap digaru, lama-kelamaan kulit boleh menjadi tebal dan hitam akibat keradangan. Penyakit-penyakit ini mempunyai rawatan yang berbeza. Oleh itu, anda patut mengunjungi doktor untuk mendapatkan diagnosis tepat supaya boleh mendapatkan rawatan yang paling sesuai.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.