
Sulit
3 tahun
Gatal dibahagian scrotum
Ank sy berumur 6 tahun sering mengadu gatal dibhgian scrotum…dia nenggaru hingga luka dan berair…sy bimbang utk menggunakan ubatan kerana ia dibhgian sulit… apa punca gatal tersebut dan bagaimana rawatan nya… Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda mengalami kegatalan pada kemaluan serta luka melecet dan berair. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah kegatalan pada kemaluan boleh berlaku kerana pelbagai sebab, contohnya:
- Radang kulit akibat penggunaan produk pencuci atau penggunaan pakaian dalam dari kain yang tidak sesuai
- Alahan kepada sesetengah bahan
- Jangkitan
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta sebarang ujian dan penyelidikan. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.