
Anonymous
5 tahun
Gatal gatal di bahagian alat sulit
Saya lelaki berumur 40 tahun mengalami kegatalan di bahagian buah zakar.
Dah banyak krim saya gunakan seperti ecocort, econazole yang dibeli dan telah mendapat nasihat ahli farmasi. Saya juga menggunakan cecair Pinetarsol ketika mandi untuk kulit menghilangkan gatal2 ini.
Namun kesan gatal hanya hilang seketika.
Gatal2 hingga membuatkan saya menggaru hingga adakalanya kulit terluka biasa terjadi bila bangun dr tidur dan ketika menanggalkan seluar dalam. Ketika bekerja n lengkap berpakaian, jarang sangat perlu digaru.
Keadaaan ini dah berlanjutan lebih 4 bulan.
Dan kesan gatal ini takde pula merebak ke celah peha, hanya di sekitar kulit buah zakar sahaja.
Boleh cadangkan krim yang lebih sesuai disapu tanpa kesan sampingan seperti panas dan pedih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit kelamin
- Jangkitan bakteria, kulat atau virus
- Alahan pada material baju
- Kurang penjagaan kebersihan
- Jerawat pada kulit
Untuk mencari punca, maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal perlu dilakukan. Oleh itu anda dinasihatkan untuk merujuk perkara ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.