
Sulit
4 tahun
Gatal-gatal di bahagian kelamin
Salam Dr, saya ada masalah gatal2 di bahagian kepala zakar saya, perkara ni berlaku sudah hampir 2 minggu…untuk minggu pertama ianya hanya sekadar gatal, tapi harini sya perasan dibahagian gatal2 telah kluar bintik2 seperti bengkak gigitan nyamuk…
Punca jangkitan ialah melalui adik sya kerana dia mempunyai scabies dan telah menggunakan tuala saya secara diam2…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kegatalan pada bahagian alat kelamin. Untuk makluman anda, kudis buta atau ‘Scabies’ merupakan sejenis penyakit kulit yang mudah berjangkit di mana ia dijangkiti melalui sentuhan langsung kulit seseorang dengan orang yang mengalami kudis buta.
Untuk makluman pihak anda, kudis buta boleh disebabkan oleh pendedahan kepada kutu kudis ini walaupun dalam tempoh masa yang singkat, iaitu hanya dalam 15-20 minit.
Terdapat beberapa simptom dan tanda yang akan dialami oleh mereka yang mempunyai penyakit ini. Ia adalah:
- Ruam pada pada beberapa kawasan badan
- Kulit menjadi tebal dan kehitaman disebabkan keradangan yang kronik
- Rasa gatal yang teruk. Ia akan membuat seseorang pesakit untuk sentiasa menggaru kawasan tersebut
- Ruam tersebut mempunyai terowong kecil. Disitulah parasit scabies menetap
Namun, ada beberapa penyakit lain yang menunjukkan simptom kegatalan pada kemaluan, antaranya ialah:
- variasi kulit yang normal pada zakar
- jangkitan kulat (tinea versicolor, pityriasis versicolor)
- jerawat
- Fordyce spots
- tindak balas alahan
- jangkitan kelamin seperti Herpes Simplex
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.