
Sulit
3 tahun
Gatal- gatal di kemaluan
Saya wanita 39 thn bru melahirkan 2 bulan melahirkan bayi secara c-sect… Tp baru² ini kemaluan sy mengalami gatal² di bahagian dalam… Sblm tu mmg ada rashes mgkn sbb lama memakai pad semasa dalam pantang… Boleh x saya ambil loratadine untuk hilangkan rsa gatal dan x selesa ini… Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami kegatalan pada bahagian kemaluan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kegatalan pada bahagian kemaluan boleh disebabkan oleh jangkitan atau masalah kencing seperti kencing kotor. Anda juga memaklumkan bahawa anda memakai pad untuk masa yang panjang. Ini juga boleh menyebabkan jangkitan pada sistem reproduktif. Kami menasihatkan anda untuk tidak mengambil sebarang ubat tanpa nasihat daripada doktor. Anda disarankan untuk merujuk kepada doktor untuk mengetahui punca masalah anda. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan