
Anonymous
2 tahun
Gatal-gatal di kemaluan
sy wanita dalam 20 an … sudah berkahwain dan ad seorang anak… sy mengalami gatal2 di bahagian sulit sy da beberapa bulan dah… mula2 sy fikir biasa je… maybe sbb sy lambat bercukur… pada mula nya da bercukur pun elok dah bila bulu dah mula pjg jd gatal lg… lepas tu keadaan berlanjutan sampai skrg… sy xtw laa mcm2 krim dah sy pakai pon xjd ap

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Alahan kulit pada pencukur atau material kain atau bahan pencuci wanita
- Jangkitan kulit seperti kandidiasis
- Pengambilan pil kontrasepsi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.