
Anonymous
6 tahun
Gatal gatal pada dubur di kalangan wanita
Sya wanita berumur 30an telah lama mngalami gtal pd dubur. Ianya tidak selalu. Tatapi gtal itu tidak hilang. Sya igin tau adkah ianya sebab kulat, kecacingan, tnda sifilis atau ape? Sya bkn seorang pengaml seks bebas smasa bujg. Sya sudh berkahwin dn mmpunyai ank. Kesihatan sya dn kluarga adalah baik cma gtal pd tmpat itu shj yg mggnggu sy… trima ksh

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan kegatalan di bahagian dubur/punggung. Antara punca-punca tersebut adalah:
• Tidak membasuh dengan bersih selepas buang air
• Alahan kepada bahan pencuci seperti sabun
• Anal fissures atau kulit pecah di bahagian dubur
• Buasir
• Anal fistula, iaitu saluran tidak normal yang menyebabkan kebocoran tahi di bahagian dubur
• Perianal abscess, iaitu nanah di bahagian dubur
• Skin tags atau tag kulit
• Anal warts iaitu ruam yang disebabkan oleh jangkitan human papilloma virus (HPV)
• Jangkitan cacing, kulat atau bakteria
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih