
Anonymous
6 tahun
Masalahgatal-gatal di bahagian punggung
Saya lama mengalami masalah gatal-gatal di bahagian punggung. Saya ada google masalah yang saya alami. Berkemungkinan herpes simplex. Apa patut saya buat dan rawatannya?

6 tahun
Salam sejahtera.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan kegatalan di bahagian punggung. Antara punca-punca tersebut adalah:
• Tidak membasuh dengan bersih selepas buang air
• Alahan kepada bahan pencuci seperti sabun
• Anal fissures atau kulit pecah di bahagian dubur
• Buasir
• Anal fistula, iaitu saluran tidak normal yang menyebabkan kebocoran tahi di bahagian dubur
• Perianal abscess, iaitu nanah di bahagian dubur
• Skin tags atau tag kulit
• Anal warts iaitu ruam yang disebabkan oleh jangkitan human papilloma virus (HPV)
• Jangkitan cacing, kulat atau bakteria
Jangkitan HSV biasanya menyebabkan ruam serta kudis berair di bahagian yang telah dijangkiti. Biasanya ruam-ruam tersebut akan menyebabkan kegatalan dan kesakitan. Ruam kulit yang disebabkan oleh HSV biasanya boleh dirawat menggunakan krim antivirus seperti krim aciclovir.
Sila dapatkan pemeriksaan lanjut dengan doktor bertauliah bagi mengetahui punca masalah anda dan merawatnya.