
Sulit
5 tahun
Gatal-gatal seluruh badan,tidak boleh tidur asyik menggaru walaupun tidak mengambil makanan seafood
Hye Dr,nak tanya,saya ada nenek berusia dalam 70an. Dia selalu ada gatal-gatal badan tambah lagi kalau makan seafood. Kadang-kadang tak makan pun still datang rasa gatal-gatal tu. Sebelom ni dia consume ubat gatal warna putih kecil-kecil je ubat dia dari farmasi Thailand. Sekarang kan pkp jadi nak merentas negara memang tak boleh. Minggu lepas saya ade belikan ubat gatal dari klinik swasta . Dr situ bagi ubat prednisolone tapi tak ada effect. Boleh dr sarankan ubat yang sesuai untuk nenek saya? Sekarang ni dia asyik menggaru dan tak boleh tidur.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kulit gatal yang anda alami ini boleh disebabkan:
- penyakit alahan dikenali sebagai Urticaria
- Alahan dermatitis kepada bahan pencuci atau kain
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Jangkitan kulat
- Kurap
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.