Sulit
3 tahun
Gatal lelangit ke anak tekak
Umur sy 31y. Kebelakangan ni sy mengalami kegatalan dlm mulut iaitu dibahagian lelangit ke anak lelangit anak tekak. Gosok2 dgn lidah je sb gatal kdg hidung sebelah kiri pon terasa gatal dr dlm. Dr tahu tk kenapa.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasihatas soalan yang diajukan.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Radang tonsil (tonsilitis)
- Radang tekak (laryngopharyngitis)
- Jangkitan telinga
- Radang sinus (sinusitis)
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila berjumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengalami gejala ini:
- Hidung berdarah tanpa sebab
- Muka terasa penuh (stuffy face)
- Hidung tersumbat
- Kesukaran bernafas
- Sakit kepala
- Terdapat cecair keluar dari hidung
- Nafas berbau
- Gangguan deria bau dan pendengaran
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.