
hairi_fly160
4 tahun
Gatal muka sehingga kemerahan bila disentuh seperti benda bergerak jd gatal berjalan di muka
Saya lelaki berumur 27 tahun.Saya Ada terasa benda bergerak pada bahagian muka kekadang I berjalan Sana sini Dan apabila Saya menyentuh semasa benda it berjalan terus Dan gatal terus say sentuh sikit atau lebih until gosok kegatalan it terus I Serta merta jadi kemerahan yg amat melampau sampai I memberi kesan tidak dapat hilang kemerahan pada muka.
Jadi doktor ubat apakah say patut ambil until kegatalan pada kulit muka dan kemerahan Tak menghilang…ubat Jenis apa ya?
Adakah jika Saya mencuba lidah busy sapu jelly nya ke muka adakah kuman akan mati Dan kulit merah atau rosak akan tumbuh sihat kembali?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kulat
- Ekzema: biasanya disebabkan alahan
- Kurap (ringworm)
- Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
- Psoriasis
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Bagi mengetahui rawatan yang sesuai, puncanya haruslah diketahui. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.