Sulit
3 tahun
Gatal pada alat sulit ,, kerap gatal pada waktu malam dan gatal pada setiap malam
Saya perempuan berumur 15 tahun , saya sering mengalami gatal pada alat sulit sejak tahun lepas , tetapi tahun ni lebih kerap dan sampai menggangu untuk tidur … apakah saya perlu buat ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan anda mengalami masalah ini, seperti:
- Penjagaan kawasan kemaluan yang kurang bersih
- Masalah keputihan
- Ketidakseimbangan hormon
- Dermatitis
- Jangkitan kelamin
- Vaginitis
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara umum mengenai masalah yang anda hadapi. Disebabkan anda mengalami masalah ini buat jangka masa yang lama dan ia mengganggu tidur anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya masalah ini dapat diatasi.
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Buat masa ini, anda boleh lakukan perkara di bawah:
- Meningkatkan penjagaan kebersihan di kawasan kemaluan
- Menggunakan pakaian dalam di mana bahannya sesuai dengan kulit anda
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami di atas talian. Terima kasih.