
Sulit
4 tahun
Gatal pada kelengkang
Saya sudah berkawin selama 2 tahun dan masih belum mempunyai anak. Kami suami isteri tidak merancang cuma sehingga kini masih belum ada rezeki. Masalah saya di sini ialah kawasan kemaluan saya gatal yang teramat gatal apabila lembap. Kulit sekitar vagina mengalami luka namun gatal masih tidak berkurang. Apabila mandi/dibasahkan akan terasa pedih dr luka yang digaru… Sudah pelbagai ubat saya sapukan Tetapi tidak ada perubahan…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Secara amnya, gatal yang biasanya disertai perubahan warna putih, hitam atau merah pada bahagian celah paha, boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya adalah:
- jangkitan kulat (baca: tinea crusis)
- gangguan kulit (i.e. eczema, psoriasis, dll.)
- kurap atau ringworm
- alahan dari pakaian dalam dll.
- iritasi dari peluh dll.
Rawatan atau ubat memerlukan diagnosis dan konsultasi doktor, namun buat sementara waktu kami sarankan anda untuk :
- amalkan penjagaan kawasan kelamin yang sehat dan bersih (untuk mengelakkan dari jangkitan ke saluran kencing)
- amalkan pemakanan probiotik seperti yougurt, susu kultur dan suplemen
- memakai pakaian dalam dari bahan kapas (baca: cotton undergarments)
- elakkan kawasan yang bergejala terlalu kering, basah atau terlalu lembab
- gunakan losyen untuk mengelakkan kulit terlalu kering
- lap badan menggunakan kain atau tuala yang bersih dan kering
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).