
Sulit
5 tahun
Gatal pada saluran kencing zakar
Salam sejahtera doktor. Saya berumur 30an, dalam minggu ini saya berasa tidak selesa pada saluran kencing iaitu hujung zakar berasa gatal. Saya telah cuba makan ubat ural 3 peket tapi masih ada rasa lagi. Terdapat tanda kemerahan di dalam lubang kencing tersebut. Mohon nasihat doktor berkaitan penyakit ini. Sekian terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kencing pedih boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
Luka di kulit kemaluan seperti luka lecet
Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
Saluran kencing tersumbat
Lebih-lebih lagi apabila gejala muncul setelah berhubungan seksual dan turut dirasakan oleh pasangan anda, adalah amat digalakkan untuk memeriksakan kondisi anda ke doktor agar penyakit tidak memburuk dan menjadi parah. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.