
Sulit
3 tahun
Gatal pada tubuh jika tidak mengambil ubat alahan
Saya menghadapi masalah gatal² pd tangan n kaki jika sy lupe atau berhenti makan ubat alahan(citirizine)… Apakah masalah yg sy hadapi…? Pengambilan ubat itu atas sebab sy ada pnyakit resdung shj…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham bahawa anda menghadapi masalah kegatalan pada tangan dan kaki jika anda lupa atau berhenti makan ubat alahan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah kegatalan pada tangan dan kaki lazimnya dapat disebabkan oleh beberapa perkara, seperti:
- Alahan kulit - pada tempat tidur, kain, makanan
- Jangkitan kulit - oleh kuman atau kulat
- Gangguan kelenjar peluh
Atau, ia juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius seperti:
- Penyakit kulit yang lain - seperti ekzema/psoriasis/dermatitis/seborrheic
- Gangguan pembuluh darah atau saraf
- Gejala-gejala awal kencing manis
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami, supaya rawatan yang tepat dapat diberikan kepada anda.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih