
Sulit
5 tahun
Gatal Tekak Rasa Ada Habuk
Salam dan selamat pagi doc. Sy ada 1 soalan, apa puncanya tekak terasa mcam ada habuk n gatal² sikit. Tapi tak batuk pun. Klau kita tekan leher baru terbatuk. Apakah puncanya ya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, masalah tekak anda boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
Jangkitan bakteria/virus
Tekak luka akibat batuk
Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
Terlalu banyak menjerit atau bercakap
Tonsilitis
Pharyngitis
Allergic rhinits
Kurang minum air
Selain merujuk doktor untuk pemeriksaan lanjut, anda boleh melegakan rasa tidak selesa ini dengan cara:
Gargle dengan air garam suam
Minum air suam
Minum air lemon dan madu
Menghisap lozenges
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Buat masa sekarang, anda awasi dahulu gejala anda. Sekiranya masalah tidak berkurangan atau bertambah teruk, sila dapatkan nasihat lanjut, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.