Sulit
2 tahun
Gatal vulva dan kemudian timbul biji-biji yang sangat halus yang warnanya seakan putih
Vulva kemaluan gatal-gatal, oleh itu banyak menggaru kawasan itu. Kawasan vulva itu kemudiannya jadi menebal juga timbul banyak biji-biji yg sangat halus yg warnanya sedikit putih. Gatal-gatal tersebut mula hadir selepas beberapa hari bercukur di kawasan kemaluan.
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami kerisauan anda mengenai kegatalan pada tempat kemaluan yang bersertakan biji-biji. Kami akan cuba membantu anda.
Anda memaklumkan bahawa simptom anda bermula selepas anda mencukur bahagian tersebut. Kemungkinan kegatalan yang anda rasa boleh berpunca daripada penumbuhan rambut. Biji-biji yang anda maklumkan boleh disebabkan oleh ‘ingrown hair’. Namun, masalah anda juga boleh berpunca daripada :
- Kulit kering
- Folliculitis
- Jangkitan pada kulit
Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor sekiranya simptom-simptom anda berpanjangan ataupun bertambah teruk. Anda boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.