
Sulit
4 tahun
Gatal2 pada anggota tubuh badan
Salam sejahtera doktor.
Saya mengalami gatal-gatal pada seluruh anggota tubuh badan. Tiada tanda ruam atau lebam semasa rasa gatal sehinggalah apabila digaru… ada bintik2 merah keluar. Sudah berlarutan selama 3 hari. Ia terjadi sehari selepas saya balik dari memancing dirakit. Adakah ini menunjukkan darah kotor ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini DoctorOnCall untuk bercakap dengan doktor.
Rasa gatal adalah gejala yang kita semua alami. Walau bagaimanapun, gatal boleh menjadi sukar bagi seseorang untuk menerangkan kepada orang lain. Walaupun gejala gatal-gatal terdapat dalam pelbagai bentuk, ia biasanya membawa kepada rasa kulit yang tidak selesa.
Terdapat beberapa punca yang meyebabkannya.Antaranya ialah:
- Kulit kering
- Eczema
- Alahan – ubat ataupun makanan
- Hives - adalah keradangan kulit yang disebabkan oleh pelepasan bahan kimia dalam badan yang dipanggil histamin.
- Penyakit Kelamin :seperti Sifilis, Gonorea dan sebagainya.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini DoctorOnCall untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih