Sulit
5 tahun
Gejala Demam Flu dan Sakit Tekak
Salam sejahtera . saya wanita berusia 19 tahun dan sedang bersekolah untuk menduduki peperiksaan stpm . sekarang saya merasa tidak sihat dgn gejala flu sakit tekak dan merasa tekak saya kering . saya merasa lesu . adakah patut untuk saya membuat ujian saringan covid 19 ? saya bertanya kerana saya dtg dari keluarga yang kurang berkemampuan .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi anda, lebih-lebih lagi pada musim pandemik ini. Berdasarkan kenyataan yang diberikan oleh anda, lebih banyak maklumat yang diperlukan untuk mengenalpasti sama ada gejala yang anda alami adalah disebabkan oleh COVID-19 ataupun sebab lain.
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Berdasarkan simptom sahaja, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti berikut. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Buat masa sekarang, kami sarankan supaya anda mengawasi gejala. Sekiranya ia berlanjutan atau semakin parah, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui punca serta mendapatkan rawatan yang sesuai.
Jika masih terdapat keraguan, hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC).
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Anda boleh klik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































