
hafizmustapha617
5 tahun
General Health demam, sakit tekak dan sukar bernafas
Saya pernah bertanya di doctor on call beberapa hari lepas. Sekarang saya mengalami demam, sakit tekak dan kesukaran bernafas. Terbangun dari tido kerana sukar bernafas. Selain itu mengalami sakit sendi dan menggigil dan keluar peluh yg byk. Tapi saya tidak ada kontak rapat dgn pesakit covid 19. Tolong saya, perlu ke saya buat ujian saringan dan bagaimana.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Seperti yang anda dapat lihat, gejala COVID-19 ini adalah umum. Berdasarkan simptom sahaja, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti berikut.
Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh.
SElain COVID-19, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan tonsil- Tonsil yang kembang boleh menyebabkan kesukaran bernafas
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
- Demam denggi
- Malaria
- Penyakit kencing tikus
Anda harus ke klinik yang berdekatan untuk pemeriksaan sekiranya anda berisiko rendah untuk jangkitan COVID-19 setelah melakukan kuiz di atas.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini