
Sulit
4 tahun
Gerd yang teruk menyebabkan sebu dada kanan Dan sembelit yang teruk sehingga kena buasir
Saya menghadapi maslah Gerd hampkr dua tahun… Adakah Gerd berkaitan dengan usus saya. Kerana saya selalu sembelit walaupun susah minum air makan buah sayur yang banyak. Untyk pengetahuan doktor jugak berat badan saya 100kg Dan tinggi 158cm.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah GERD yang anda hadapi hampir 2 tahun. Untuk makluman anda, (GERD) adalah kondisi yang mana acid perut naik ke esophagus dan menyebabkan peradangan lapisan esophagus. Esophagus merupakan salur makanan manusia bahagian atas sebelum perut. Mendengar keluhan anda, Masalah GERD merupakan masalah yang tidak membahayakan nyawa, tetapi ia boleh jejaskan kualiti hidup seharian. Malah terdapat beberapa kajian menunjukkan masalah GERD boleh menyumbang kepada barah oesophagus jika tidak dirawat untuk masa yang sangat lama.
Terdapat beberapa langkah yang anda boleh ambil untuk mengurangkan kesan GERD. Antaranya adalah:
- Kurangkan berat badan
- Tidak mengambil makanan berminyak dan berkafein
- Rawat hiatus hernia (jika ada)
- Ambil pemakanan yang berkhasiat dan seimbang
- Elakkan makan sebelum tidur
- Makan sedikit tetapi kerap
Jika simptom GERD anda berlarutan, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor supaya doktor dapat melakukan pemeriksaan dan memberi ubat yang sesuai untuk anda.
Sila rujuk kepada pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.