Sulit
4 tahun
Gestrik & batuk serta stress & takut boleh menyebabkan suhu badan meningkat
3) Bagaimana hendak menurunkan suhu badan
- adakah gestrik boleh menyebabkan batuk & demam.
- stress atau perasaan takut boleh menyebabkan suhu badan brngkat?
4 tahun
Terima kasih atas soalan berikut
Untuk makluman ada, suhu badan naik atau juga dikenali sebagai demam berlaku apabila seseorang dijangkiti kuman atau virus. Ia berlaku sebagai tindak balas badan dalam menyerang jangkitan tersebut. Terdapat pelbagai cara untuk mengurangkan rasa panas
- Melalui ubat seperti Paracetamol
- Tepid sponging
Masalah gastrik pula merujuk kepada organ, manakala gastritis bermaksud keradanagan perut dan ia juga boleh disusuli dengan demam kalau jangkitan berlaku.
Ketika dalam stress, badan akan menghasilkan hormon dan ia kadangkala akan menyebabkan suhu badan meningkat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih