
Anonymous
5 tahun
Gononerha bolehkah tersebar melalui cium mulut
Saya pernah ada gononerrha dan telah dirawat sebelum itu saya pernah mencium mulut kekasih saya beberapa kali…adakah dia mungkin tersebar…bagaimana kalau nak test…melalui swap atau ujian kencing

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, penyakit gonorrhea adalah sejenis jangkitan kelamin yang biasanya merebak melalui hubungan seksual. Namun begitu ia juga boleh merebak melalui ciuman sekiranya seseorang melakukan seks secara oral.
Anda boleh melakukan ujian di mana-mana klinik kesihatan berdekatan atau klinik berdekatan anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.