Sulit
2 tahun
Gonorhea kali kedua tetapi simptom tak sama
saya lelaki dlm 20 an pernah mengalami gonorhea sblum ni,dn mendapat rawatan yg smpurna dari doktor…tapi baru ni selepas saya melakukan hbgan intim,saya tak dpt pastikan sama ada gonorhea atau tidak sebab kalini zakar saya tak mengeluarkan nanah dn saluran kencing tidak tersepit,cuma bila saya lihat di pakaian dlam saya mendapati ade lebihan air mani…sblum ni simptom gonorhea saya dpt kenal pasti,cuma kalini saya tak dpt pastikan apa sbnrnya yg brlaku…boleh jelaskan doc?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Mimpi basah. Hal ini dapat dianggap normal. Kadang tanpa mimpi terjadi pengeluaran air mani sehabis bangun tidur
- Kesan samping ubatan
- Masalah prostat seperti keradangan ataupun kanser
- Kerosakan saraf - biasanya terjadi pada usia tua, atau akibat kecederaan, dan jangkitan
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.