
Sulit
4 tahun
Gonorrhea berulang kali ke dua
Saya mengalami kencing bernanah

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Namun begitu saya kurang jelas dengan persoalan yang anda ingin tujukan kepada kami. Untuk pengetahuan anda, ini hanyalah keterangan am tentang gejala kencing bernanah yang boleh berpunca daripada:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Bergantung pada punca penyakit, rawatan adalah berbeza. Untuk mendapatkan rawatan yang tepat, punca sebenar perlu dikenal pasti. Oleh itu, saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan untuk mendapatkan diagnosis yang lebih sempurna tentang masalah anda.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah