
Sulit
5 tahun
Green tea untuk hypertension
Saya 23 tahun, young HPT patient. Sedang mengambil amlodipine 5mg dalam tempoh seminggu & akan follow up doktor next week. Doktor advise dalam minggu ni amalkan healthy lifestyle untuk turunkan tekanan darah sebab bacaan atas/sistolik more than 160, bacaan bawah more than 100. Selain amlodipine, sy ikhtiar makan garlic oil, fish oil. Kalau saya minum teh hijau secara daily, elok ke? Ada yang kata tak elok tinggi kafein.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, berikut adalah langkah dan rutin yang dimaksudkan dengan gaya hidup sihat:
- mengamalkan diet seimbang - iaitu diet yang mengandungi semua 7 kelas makanan dalam kuantiti yang dicadangkan
- melakukan senaman secara rutin
- kurangkan berat badan (bagi pesakit yang obese)
- mengurangkan pengambilan garam dalam makanan
- elakkan pengambilan minuman berkafein seperti kopi dan teh
- berhenti merokok
- kawal dan kurangkan stres
Bagi info tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.