
Sulit
2 tahun
Gugur kandungan , suami taktahu
saya berumur 32 tahun. dan telah berkahwin selama 5 tahun.
masih tiada anak . saya pernah mengugurkan kandungan ketika saya berumur 22 tahun di hospital swasta. dan suami saya tidak tahu tentang ini.
saya dan suami buat keputusan berjumpa dengan gynae minggu lepas.
doctor hanya scan perut. dan mendapati saya ada pcos sikit. bulan depan saya perlu buat HSG. dan suami HSA.
perkara ni betul buat saya tak senang tidur . saya takut suami saya dapat tahu, saya pernah gugur dulu . saya takut kalau saya teruskan jumpa gynae, doctor akan dapat tahu atau doctor beritahu suami saya.
adakah boleh dapat tahu yang saya pernah gugur 10 tahun lepas jika buat HSG / atau apa apa rawatan lepas ni.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan soalan anda, anda perlu berbincang dengan doktor pakar wanita anda mengenai perihal kesulitan maklumat diantara anda dan beliau sekiranya tidak mahu maklumat tersebut diberitahu kepada suami anda. Mengenai sejarah menggugurkan kandungan pula, ia agak sukar untuk doktor mengetahui melalui pemeriksaan sahaja melainkan doktor anda bertanyakan kepada anda atau hospital swasta anda. Namun sekali lagi, perihal kesulitan maklumat hanya boleh dibincangkan antara anda dan doktor anda sahaja.
Mengenai masalah kesukaran hamil, anda boleh berbincang dengan doktor pakar anda kerana beliau sedang menjalankan pemeriksaan dan siasatan mengenai kes ini dan adalah lebih baik untuk berbincang kaedah rawatan bersamanya. Sekian.