missintannad
4 tahun
Gula dan kolestrol tinggi
Papa saye berumur 57 thun. Dia ade buat pemeriksaan kesihatan .Hasil ujian darah papa… Doktor kata yg papa ada kandungan gula dan kolestrol yg tinggi dlm badan dia. Doktor nak bagi ubat utk papa makan tapi papa tak nak. Papa kata buat masa ni dia taknak bergantung pada apa2 ubat. Papa kata dia akan cuba utk kawal pemakanan dia… Jadi doktor tersebut beri masa sebulan kpd papa utk kawal pemakanan beliau sebelum pemeriksaan yg akan dtg… So doktor, saya nk tanya… 1)Apa makanan yg papa boleh and x boleh makan supaya dia dpt kawal gula dan kolesterol beliau sehingga mencapai paras normal semula?
2) Adekah berisiko sekiranya papa tak ambil sebarang ubat?
3.) contoh2 menu makanan yg papa boleh makan utk menjamin kesihatan beliau di smping menjalankan aktiviti cergas?..
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Seperti yang anda telah maklum bahawa 2 komponen yang terlibat bagi masalah ini adalah senaman dan pemakanan.
Bagi pemakanan, ayah anda perlu elakkan makanan bergoreng, lemak atau kulit haiwan, sebarang gula dalam masakan atau minuman, makanan segera, makanan yang diproses. Lebih digalakkan memasak sendiri makanan dan tukar beras kepada beras perang, relakkan roti putih dan makan roti bijirin penuh, memasak dengan teknik kukus, bakar atau reneh sup.
Sukat pengambilan makanan dengan mengira kalori atau mengikut saranan suku-suku-setengah KKM hidangan sepinggan lengkap.
Lebihkan sayur-sayuran hijau dan elakkan juga buah yang mengandungi gula yang tinggi seperti durian. Amalakn konsep ‘yang pahit jangan terus dibuang dan yang manis jangan terus ditelan’.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.