
Sulit
4 tahun
Gumpalan coklat selepas gugur molar pregnancy atau kandungan anggur
hai doktor saya sara. doktor hari ni cukup 38 hari saya keguguran anggur, tapi tadi semasa kencing di lubang vagina saya ade benda jadi saya tarik benda tu keluar lepastu keluar gumpalan berwarna coklat, kemudian saya tarik benda tu dia seolah macam daging liat nya. bole saya tahu apa masalah saya. semasa saya keguguran haritu saya takde cuci atau apa. doktor pun takde bagi saya ubat atau sebagainya. saya pregnant 9 weeks masa saya keguguran. time saya scan pun dia kata bersih takde sisa tinggal.

4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih untuk soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu pengeluaran gumpalan coklat setelah mengalami keguguran. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah