limsiewsiew76
6 tahun
Gusi belakang bengkak
Saya wanita yang berumur 23tahun…selama 2tahun ini… Gusi belakang saya… Asyik2 bengkak kenapa ye? Adakah… Ini ada kaitan dengan gigi bongsu… Tapi setiap kali cuaca panas… Pasti gusi akan… Apakah masalah nya…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda berkemungkinan besar telah menghidap penyakit gusi atau gingivitis. Penyakit gusi merupakan sejenis keradangan pada gusi.
Saya sarankan anda untuk segera berjumpa dengan doktor gigi untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.




























