
Sulit
5 tahun
Gusi Bengkak fort the past 4 days
Saya wanita berusia 22 tahun mengalami gusi bengkak. Ia mengganggu kehidupan saya terutama ketika waktu makan. Saya selalu berasa sakit di bahagia. Gusi trutama selepas makan .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit dan bengkak gusi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan pada gusi
- keradangan gusi
- luka akibat trauma semasa mengunyah
- wisdom teeth impaction
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.