
Sulit
4 tahun
Gusi dan bibir atas rasa kebas
Saya wanita berusia dalam 20-an. Saya nak tanya, kenapa gusi and bibir atas rasa kebas? sebelum tu, saya ada makan nasi dengan telur. Boleh tau knp rasa kebas kat gusi and bibir atas? Adakah sebab allergik?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Disebabkan kekurangan maklumat dan sejarah kesihatan mengenai diri anda, pihak kami tidak dak dapat melakukan penilaian mengenai masalah yang dihadapi. Kami sarankan anda untuk berjumpa doktor bagi tujuan pemeriksaan secara fizikal,
Namun begitu terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan gusi dan bibir kebas seperti:
- Gangguan somatoform (sejenis masalah psikiatri yang mana pesakit mempunyai keluhan yang timbul tanpa dapat dijelaskan asal datang keluhan)
- Akibat pemakanan (lidah sensitif). Contohnya makanan yang pedas atau panas
- Multiple sclerosis
- Hypoglycemia (kurang gula dalam darah)
- Burning Mouth Syndrome (BMS)
- Sawan
- Stroke
- Kanser mulut
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.