
Sulit
4 tahun
H.I.V…cara untuk saya mengubati dan mengatasi masalah penyakit tersebut
saya mempunyai seorng rakan yg terkena jangkitan tersebut…apakah yang harus saya lakukan dengan keadaan sekarang…dan bagaimana cara untuk mengatasi masalah tersebut…bagi saya…duit tidak menjadi masalah buat saya…tp kesihatan rakan saya yg fikirkan…sekian

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Terima kasih kerana menghubungi kami. HIV ialah singkatan bagi sejenis virus yang bernama Human Immunodeficiency Virus yang dianggapi sebagai salah satu jenis penyakit kelamin.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Pesakit HIV selalunya tidak mungkin sembuh daripada HIV kerana HIV berada dalam tubuh badan para pesakit sepanjang umur. Buat masa ini, kita tidak ada cara untuk menghilangkan virus ini. Walau bagaimanapun, kita mempunyai rawatan yang semakin hari semakin berkesan untuk mengawal tahap virus dalam badan pesakit.
Bagi mencegah HIV pula, individu yang berisiko digalakkan mengamalkan seks selamat dengan cara-cara berikut:
- A: Abstinence, iaitu mengelakkan seks berisiko tinggi.
- B: Be faithful, iaitu bersikap setia terhadap pasangan kita.
- C: Condoms, iaitu penggunaan condom dengan cara yang betul.
Amalan seks selamat ini tentunya dapat mengurangkan risiko HIV dan risiko penyakit kelamin yang lain. Pengguna dadah pula disarankan mengelakkan perkongsian jarum. Sekian, harap membantu.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.