
intandahliahashim
5 tahun
Haemoglobin rendah secara tiba-tiba
Saya wanita berumur awal 21 tahun. Saya mula menderma darah sejak dari berumur 18 tahun. Setiap kali derma saya tidak consume iron tablet yang dibekalkan (i just thought it might be a cause to my problem). Last 2 months, saya tidak layak untuk menderma darah as my hb rate is low. The PIC told me to consume more iron-improving-foods and I did. Hari ini, saya cuba sekali lagi dan keputusannya masih sama. Tbh, i feel bad but yea. Atas pemerhatian saya, saya pelik kenapa tiba-tiba my hb rate boleh drop sedangkan pemakanan saya tidak berubah, saya masih consume proteins & minerals in my meals, tidak ada yang saya kurangkan cuma mungkin nasi Even after first fail to donate tu pun saya tambah lagi consume protein but it didn’t work out. My family suggested me to do a check up since we do not carries anemia in our bloodline. Can you please suggest me what I should do next? Do a check up diperlukan since I do not have much free time to have one?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk anda, anemia atau kurang darah yang didefinisikan melalui bacaan hemoglobin yang rendah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Defisiensi zat besi (dari pemakanan)
- Perdarahan dalaman contohnya usus
- Defisiensi vitamin
- Penyakit kronik seperti buah pinggang rosak
- Sickle cell anemia
Justeru, seandainya bacaan hemoglobin anda tiba-tiba rendah sedangkan biasanya normal, hal ini mungkin menandakan bahawa salah satu kejadian diatas sedang berlaku. Maka pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.