
Sulit
4 tahun
Hai doctor, kenapa jantung saya berdegup dengan laju sedanglan saya dalam keadaan yang tenang, dalam pada masa yang sama juga nafas saya pendek
Saya lelaki 16 tahun

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Masalah ritma jantung
Masalah hormon tiroid
Masalah anxiety
Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
Selepas melakukan aktiviti lasak atau melalui perkara yang mendebarkan atau menyeronokkan
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami.
Anda juga boleh mendapatkan nasihat kesihatan jantung pada pautan di bawah. Harap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!