Sulit
6 tahun
Hai. Saya ada masalah waktu haid saya punya pernafasan terbatas. Pada waktu biasa, pernafasan baik . Sya pula BBB dan pada umur 18 saya ada buat medical checkup and doc tu cakap sy berisikoo darah tinggi
Saya brumur 21 tahun. Sya punya nafas terbatas masa dtg haid. Nie berlaku tahun 2019 untill now. Sy dpt je bernafas tp mcm kurang. Termengah-mengah. Saya takda asma. Mula2 tak sedar ingatkan biasa je (letih). Tp skrg baru sedar yg sy punya prnfsan bermasalah lagi2 time dtg haid. Rasa tak cukup nafas tue mcm jantung nie berhenti . Masa nak tarik nafas, trpksa guna mulut . Waktu nak tarik, mcm jantung ditekan . When selalu sgt jntung rasa ditekan, rasa mcm lebam pulak jantung kat dalam . Itu yg sy rasa. And satu cara kalau sy kurang nafas and nak ambik nafas , sy terpkssa menguap . Itu pun sdkit je dpt. Tapi lega sikit kalau dpt mnguap.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sesak nafas ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Anemia - kurang darah merah
Penyakit Asma
COPD: Masalah paru-paru sempit
Alahan
Penyakit jantung koronari
Memandangkan masalah anda sering berlaku ketika anda datang haid, berkemungkinan ianya disebabkan oleh anemia. Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.




































