
Sulit
5 tahun
Hai, sy perempuan umur 26 tahun, sejak ahad lepas sy mengalami demam on off sehingga hari ini
Demam kebah seketika setelah sy makan PCM, beberapa jam kemudian demam datang semula. Ianya amat mengganggu ketika bulan Ramadan. Akan tetapi suhu badan saya tak tinggi. Sy hilang selera makan sejak ahad & badan saya lesu tak bermaya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah demam ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan bakteria / virus
Allergic Rhinitis
Keradangan
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.