Sulit
6 tahun
Haid atau bukan haid
saya seorg wanita brumur 43thun,suami saya brumur 46thun…setiap diawal bulan dlam 10hariblan smpai 13hariblan haid saya akn kluar, selepas dri itu stop kering langsung tiada darah lgi,tpi setiap kli saya dan suami ingin bersama mesti darah akn kluar hanya dimasa itu saja, selepas itu kering tiada darah lgi… kadang2 berterusan smpai ke sebulan tetap akan jdi seperti itu keadaannya… apakah itu darah haid?..
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, perdarahan setelah berhubungan seks boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- jangkitan
- faraj kering
- faraj luka
- ketumbuhan mulut rahim
- luka mulut rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































