
nurulwahidah94.nw
5 tahun
Haid banyak dan lama
Saya ibu yang mengambil perancang depo di klinik kerajaan. Sekarang sudah setahun saya mengambil perancang tersebut tetapi masalah haid saya semakin serius. Sebelum ini,saya mendapati hanya 2 bulan sekali saya mengalami pendarahan haid tapi tidak terlalu lama, tetapi sejak 4 bulan ini saya mengalami pendarahan haid yang panjang.sekarang saya sedang mengalami haid/istihadah yang panjang iaitu selama sebulan tanpa henti dan pendarahan itu bukan sedikit sedikit tetapi banyak sehinggakan saya memerlukan 8 pad sehari… Adakah itu normal?dan apa yang saya perlu lakukan untuk menghentikan darah dri terus keluar?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur dan haid berpanjangan ini ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan / suntikan perancang kehamilan
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Penggunaan alat IUD
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelumkesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.