Sulit
6 tahun
Haid berbulan tidak datang & period lebih 15hari
Saya berumur 26tahun, beberapa tahun sbelum ni,period sya berbulan tidak datang dan saya membiarkannya. Pada tahun ni bulan november sya ada consume ubat listra habatus sauda,akhirnya sy period selepas 8bulan x dtg period.Masalahnha disini sya telah period melebihi 15hari,means 25 hari sya masih period. Adakah ini kesan dari period sya yg berbulan tidak datang atau darah penyakit atau lain2?saya keliru dan risau .Harap doktor bantu saya.terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
























