Sulit
5 tahun
Haid berhenti secara tiba tiba
saya berumur 21 tahun, saya kerap melakukan seks dengan boyfriend saya tapi kami hanya melakukan di luar sahaja dan tak pernah terlanjur, kami hanya menggunakan tangan… sebelum ini period saya teratur setiap bulan akan keluar pada tepat masa, tapi start bulan 1 period saya dah tak datang langsung sehingga sekarang, adakah ini perkara biasa ? dan saya jugak sedang diet hanya makan sehari sekali sejak bulan 1 haritu… adakah saya mempunyai sakit serious kerana period tak datang selama 4 bulan ni ?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, haid lewat boleh disebabkan oleh banyak perkara selaim kehamilan. Antaranya:
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
- Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancang, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

























