
effanikyla
4 tahun
Haid berlebihan makan pil cina
Saya effa, saya telah memakan 2 biji pil cina slama 2 minggu dan mengalami pendarahan haid berlebihan selama 1bln iaitu start dari puasa bln may lalu hingga sekarang… Adakah ini normal?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Masalah haid berpanjangan atau menorrhagia didefinasikan sebagai perdarahan haid yang melebihi 80 ml. Secara umumnya, wanita yang mengalami perdarahan haid lebih dari 7 hari, perdarahan yang melimpah atau terpaksa menukar pad beberapa kali sehari boleh dikatakan sedang mengalami perdarahan haid berpanjangan.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan perdarahan haid yang berpanjangan.
• Dysfunctional uterine bleeding atau perdarahan dari rahim yang terjejas. Kondisi ini merupakan punca yang paling utama untuk perdarahan haid berpanjangan.
• Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
• Polip di rahim atau di pintu rahim (cervix)
• Endometriosis, sejenis kondisi di mana lapisan dalam dinding rahim yang berada di luar rahim
• Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease, biasanya disebabkan oleh jangkitan kelamin
• Hypothyroidism, atau kekurangan rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
• Barah di pintu rahim atau dinding rahim (cervical and endometrial cancer). Kondisi-kondisi ini adalah lebih biasa dalam kalangan wanita yang lebih berusia.
• Syndrom polisistik ovari atau PCOS
• Penyakit bekuan darah atau coagulopathy
• IUCD atau intrauterine contraceptive device
• Ubatan seperti ubatan hormon atau ubatan cair darah
Disebabkan kami tidak pasti tentang kandungan ubat pil yang anda ambil,anda diminta untuk berhenti makan ubat tersebut seketika dan berjumpa dengan doktor secepat mungkin. Doktor akan membuat pemeriksaan fizikan serta ujian darah dan imbasan ultrasound. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih