
Sulit
5 tahun
HAID Berpanjangan almost 1year
SALAM sejahtera. Saya seorang wanita berumur 29tahun dan sudah berkahwin. Saya menghidap hypertiroid lebih kurg 1tahun lebih. Masalah saya ialah saya sudah datang haid almost 1year dan sekarang masih dan juga saya sudah mendapatkan rawatan ke hospital serta saya sudah menjalani ujian ultrasound tetapi tidak ada sebarang masalah terhadap keputusan ultrasound saya. Soalan saya adakah haid saya ini normal di sebabkan gangguan hormon tiroid saya ? Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang isu tersebut.
Untuk makluman pihak anda, masalah haid berpanjangan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Jawapan ini ialah keterangan am bagi gejala yang anda hadapi. Terima kasih.