Sulit

4 tahun

Haid Berpanjangan dan bergumpal

Hi doktor.
Sy mengalami haid tak teratur mulai awal tahun 2020. Namun bermula September sehingga sekarang haid sy tak mau berhenti dan keluar dlm kuantiti yg banyak beserta gumpalan darah saiz 50sen duit perak terkadang lebih besar dari itu. Sy ada merujuk masalah sy ke klinik. Dlm ujian pap smear mngatakn result normal. Result ujian darah pada november dgn bacaan HB 92. Doktor ada memberikan sy suntikan untuk memberhentikan darah haid dgn dos yg tinggi dan ubat TREN 250mgx4biji 3xsehari selama 3 hari makan. Sangobion utk tempoh 1 bulan dan juga GIANE 35. Namun haid sy tetap kluar spotting dan tidak behenti. Selepas habis 3 hari ubat TREN haid kembali keluar deras dgn gumpalan darah. Kemudian sy rujuk semula ke klinik dn doktor mengatakan ubat tidak berkesan dgn tubuh sy dan memberitahu sy menoraghia juga berkemungkinan mempunyai endometritis. Doktor membuat surat rujukan untuk sy berjumpa dengan O&G di bahagian emegency hospital kerajaan. Setelah sy ke hospital keningau sabah sy hanya di rujuk ke jabatan pesakit luar dan di berikan temujanji 2 bulan akan datang iaitu pada 13 Januari 2021. Tiada sebarang ubat di berikan dgn alasan belum berjumpa doktor pakar. Sedangkan darah haid sy masih terus keluar bergumpal2 hingga membuatkan sy cepat letih dan lemas. Sehari sy menggunakan pads maxi 28cm total 4pcs sehari semalam. Bila heavy flow penggunaan pads sehingga 6-8pcs sehari.
Persoalan sy, beginikah prosedur yg sepatutnya iaitu kena menunggu lagi 2 bulan utk dapakn rawatan lajut dr doktor pakar o&g. Apa yg perlu saya lakukan sekiranya badan sy tidak dpt tahan dengan darah haid yg berterusan keluar sepanjang tempoh masa menunggu hari temujanji tersebut? Adakah ubat lain yg bole sy dapat di kedai farmasi selain daripada TREN utk memberhentikan haid?Tolong sy doktor… Terima kasih

Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami

Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini iaitu haid berpanjangan dan dalam kuantiti yang banyak. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai faktor risiko seperti usia dan masalah kesihatan yang boleh menjejaskan kitaran haid. Bagi hampir 50% wanita yang mengalami masalah ini, punca pendarahan berlebihan tidak diketahui.

Namun, ia adalah penting seseorang itu mendapatkan pemeriksaan yang teliti untuk mengenalpasti jika terdapatnya sebarang masalah melalui sesi bersoal tanya mengenai gejala yang dialami, pemeriksaan fizikal serta ujian tambahan.

Kadangkala, punca menstruasi berlebih disebabkan oleh apa-apa penyakit atau keadaan yang boleh menjejaskan struktur dan fungsi rahim dan ovari seperti:

  • Dysfunctional uterine bleeding atau istihadah (punca paling biasa)
  • Penggunaan intrauterine contraceptive device atau IUCD
  • Ganggguan anatomi (i.e. polip, fibroid, *endometriosis, dll)
  • Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
  • Pelvic inflammatory disease atau radang pelvis kronik
  • Kanser di pintu rahim atau dinding rahim

atau gangguan dari organ yang lain seperti:

  • Hipotiroid, iaitu rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
  • Sistem bekuan darah yang tidak normal
  • Penggunaan ubatan hormon atau ubatan cair darah (contohnya warfarin)

Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.

Buat sementara waktu anda boleh:

  • Kerapkan bersenam (yang ringan atau sesuai kondisi tubuh)
  • Mengambil suplemen seperti:
    • zat besi (menggantikan sel darah merah yang hilang)
    • vitamin B & D (membantu gangguan kitaran haid)
    • fish oil (boleh membantu dalam mengurangkan krem haid)
    • dll.
  • rehat secukupnya
  • mencatatkan perkembangan gejala (sekiranya berlaku)

Anda perlu segera berjumpa doktor yang terdekat semula, sekiranya mengalami:

  • Pitam atau kelesuan badan
  • Kejang atau menggigil
  • Mual dan muntah
  • Pening atau sakit kepala yang berat
  • Aktiviti atau kerja harian amat terganggu

Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.

Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

menstrual-cycle_problems%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)