
Sulit
5 tahun
Haid Berpanjangan Dan Sedikit Keluar
Saya Sudah Berkahwin Bulan 4 Yang lalu dan sekarang PJJ dengan suami .Saya Mengalami Haid Sedikit Dan Berpanjangan Hampir 2 Bulan Lebih .Tidak Mengalami Senggugut . Dalam Masa 2 bulan haid Stop Selama 5 Hari selepas itu Darah haid kembali .Apakah Punca Dan Rawatan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda. Untuk makluman anda, pendarahan haid yang berpanjangan boleh disebabkan oleh:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Kanser rahim atau cerviks
Jika keadaan ini berterusan dan menganggu aktiviti anda, maka saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.