
Sulit
4 tahun
Haid berpanjangan sehingga 4 minggu
Hi doctor. Saya mengalami masalah haid yang berpanjangan. Kadang sehingga 3 minggu. Pada awalnya haid saya akan berlarutan hingga 5 hari kemudian dia akan berhenti dan tidak akan keluar apa2 termasuk tiada sebarang keputihan. Selang 2 hari kemudian dia beransur keluar semula dan berlarutan sehingga kadang seminggu. Adakah ini normal? Saya juga nak memastikan sama ada pengambilan ais semasa haid memberi kesan kepada pengaliran haid?.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang isu tersebut.
Untuk makluman pihak anda, masalah haid berpanjangan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti perancangan keluarga. Jika anda menggunakan perancangan keluarga, ia boleh mempengaruhi kitaran haid anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.