
Anonymous
6 tahun
Haid berpanjangan selepas menggunakan perancang depo
Hye saya merupakan ibu anak 3. Selepas bersalin anak ke tiga sy menggunakan perancang depo. Genap bayi saya 3 bulan saya terus mengambil suntikan pada 15.3.2019… masalh saya sekarang sehingga kini haid masih berlarutan darah haid tidak terlalu banyak namun kena jugak pakai tuala wanita disebabkan kadang2 tembus jugak dari seluar dalam. Soalan sy adakah sy tidak sesuai… dan boleh ka saya bertukar kepada kaedah lain… seperti dengan memakan pil… or just tunggu sehingga dia sendiri stop… risau sbb tak lama lagi dah nk puasa… darah haid belum jugak surut2 dari oadangan seluar dalam … harap soalan sy ini dapat d jawab…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Kesan sampingan utama yang bakal dialami oleh wanita yang mengambil suntikan perancang ini ialah:
- Pendarahan yang berterusan selepas berhenti mengambil suntikan tersebut
- Kitaran haid akan berubah dan ini akan membimbangkan wanita tersebut
- Haid mungkin akan mengambil masa dalam setahun untuk kembali kepada kitaran yang biasa
- Berat badan bertambah
- Kemungkinan kebolehan menghasilkan ovum yang sihat akan mengambil masa lebih kurang setahun
- Keguguran rambut, kekurangan nafsu seks, sakit kepala, gangguan mood
- Batu dalam ginjal sekiranya diambil untuk masa yang agak lama
- Meningkatkan keupayaan untuk mendapat masalah osteoporosis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!