
Sulit
5 tahun
Haid berpanjangan slps suntikan perancang
saya sedang menerima suntikan perancamg berkala sudah setahun selepas delivery kedua. pertama kali mengambil suntikan perancang. tiada haid/period semasa awal pengambilan. mandapat period pada 3-4 bulan yang lepas tetapi bulan bulan ini mendapat period berpanjangan sudah 3 minggu. memberi kesan kepada kesihatan keseluruhan dimana saya kepanatan dan dalam kesakitan sepanjang masa

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid berpanjangan ini boleh disebabkan:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang sering tidak diketahui
- Penggunaan alat IUD atau perancang keluarga yang lain
- Kanser rahim atau cerviks - gejala lain seperti hilang berat badan, sejarah kekeluargaan, keputusan “smear” positif
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti penggunaan aspirin
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.