
Anonymous
5 tahun
Haid berpanjangan walaupun sudah ambil ubat dan suntikan berhenti haid
Salam
Saya wanita berumur 29 tahun, berkahwin dan mempunyai seorang anak. Pada bulan puasa lalu saya mengalami haid yang panjang sehingga sekarang… ada kala haid terlalu banyak dan berketul. Dan ade kala darah sahaja tanpa lendir.
Saya telah mengambil ubat sunolut dan darah berhenti seketika dalam 2 hari tapi ada semula selepas itu… saya dah habiskan ubat sunolut tapi darah masih belum berhenti.
Seterusnya saya ada mengambil suntikan berhenti darah dan doc kata darah akan berhenti dalam 1 @ 2 hari… tapi darah makin banyak yg keluar… saya sudah buat scan tapi nirmal… saya musykil kenapa sarah tidak berhenti keluar walupun saya sudah makan ubat… tq doc.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur dan haid berpanjangan ini ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Berat badan berlebihan
Mengambil pil perancang kehamilan
Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
Ketumbuhan fibroid atau polip
Dysfunctional uterine bleeding
Penggunaan alat IUD
Kanser rahim atau cerviks
Masalah pembekuan darah
Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelumkesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.