
Sulit
3 tahun
Haid datang lambat 18 hari, upt negatif, rasa mual, letih dan kurang selera makan
Salam doktor. Sye seorang ibu, 31 tahun dan ada seorang anak. Sye perasan baru² ni dah dua kali kitaran haid sye lewat. Kali pertama lewat seminggu, kali kedua, iaitu semalam, sye baru je dtg haid selepas 18 hari lewat dari kitaran biasa. Mula² saya igtkan sye pregnant sebab sye ade rasa mual dan kurang selera makan, check upt, keputusan negatif dan tadi baru je datang haid. Apa masalah saya dan apa yg saya patut buat?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah haid lewat. Kami akan cuba membantu anda.
Selain kehamilan, haid lewat boleh berpunca daripada beberapa perkara. Antaranya :
- Gangguan tekanan
- Masalah berat badan
- Penggunaan ubat perancang
- Masalah tiroid
- Kesan sampingan sesetengah ubat
- Fibroid
Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor sekiranya masalah ini berpanjangan.
Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan